Defida White Perfect Essence 40ml

-8%
White Perfect essence

Defida White Perfect Essence 40ml

RM 125.00 RM 115.00

  • Description

Description

Memiliki kulit wajah yang cantik dan sihat merupakan impian semua orang. Tetapi tidak ramai yang mengetahui cara sebenar untuk melakukan perawatan kulit wajah. Sesetengah pihak berpendapat bahawa dengan memakai krim dan pencuci muka sahaja sudah cukup untuk merawat kulit wajah daripada segala masalah kulit.

Pada waktu siang kulit wajah sering terdedah dengan pelbagai kotoran, sinaran matahari dan sebagainya. Oleh itu, penggunaan Essence penting untuk memastikan kesihatan kulit terjaga dan sentiasa sihat. Kulit wajah tidak hanya memerlukan pelembap sahaja ia memerlukan perawatan secara mendalam untuk memastikan kesegaran kulit wajah.

Defida White Perfect Essence merupakan rangkaian produk terbaru Vidara yang diperbuat daripada bahan semula jadi untuk membantu anda memiliki kulit wajah yang sihat dan bersih. Skinque Perfect Essence mengandungi ekstrak semula jadi yang kental dan sesuai untuk kulit. Strukturnya yang berbentuk cecair dapat membantu ia menyerap dengan lebih mudah dan cepat ke dalam kulit wajah. Ia dapat membantu kulit menjadi lebih lembut dan lebih anjal. Kulit yang awalnya kering dan kusam akan menjadi lebih bermaya dan lembab kerana ia membantu pemerbaiki kulit dari dalam. Selain itu essence ini juga membantu menghilangkan bintik hitam pada kulit wajah dan juga kesan jerawat. Apabila kesan bintik hitam dan jerawat pudar secara tidak langsung kulit akan menjadi cerah.

  1. Melembabkan kulit dari dalam
  2. Mengurangi kesan hitam pada kulit wajah
  3. Mengecutkan jerawat dan menghilangkan kesan jerawat
  4. Mencegah penuaan awal
  5. Membantu mengecilkan liang roma
Bahan Utama
Betula  Platyphylla Suk

Ia merupakan sejenis tanaman yang banyak terdapat di bahagian Eropah.  Nama lain bagi tanaman ini ialah Silver Birch. Ia juga terdapat di bahagian utara Asia tetapi sukar untuk ditemui. Pokok ini sangat sesuai digunakan dalam bidang kecantikkan. Ini kerana pokok ini menghasilkan minyak esensial yang sangat bagus untuk kulit. Ia membantu mengawal semula minyak pada kulit muka.

Arbutin

Ia berasal dari tumbuhan Bearberry yang merupakan tanaman semak yang berkembang subur di utara Amerika, Eropah dan sekitar Asia. Arbutin merupakan salah satu bahan semula jadi pemutih kulit. Antara kelebihan Arbutin ialah membantu memutihkan wajah dan mengembalikan kesekataan tona kulit.

Vitamin C

Ia merupakan salah satu vitamin yang sangat bagus untuk kulit. Vitamin C biasa diperoleh daripada buah-buahan. Di antara kebaikkan vitamin C ialah membantu melindungi kulit daripada radikal bebas yang terhasil daripada berjemur dibawah cahaya matahari

Silk Peptide

Silk peptide mengandungi asid amino dan protien yang bagus untuk kecantikkan kulit. Ia sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering. Ini kerana ia bertindak sebagai pelembab dan akan memastikan kulit anda kekal dalam keadaan lembab.

Glycyrrhiza Extract

Ia merupakan sejenis herba yang sangat bagus untuk kesihatan kulit wajah. Ia membantu mencantikkan kulit wajah secara alami tanpa memberikan kesan sampingan kepada kulit. Selain itu, ia juga membantu melembutkan dan mencerahkan kulit wajah. Selain itu ia bertindak dengan cara menghalangi pembentukan melanin sehingga mencegah berlakunya hiperpigmentasi pada kulit.

Kenapa Defida White Perfect Essence

Vidara Defida White Perfect Essence merupakan salah satu produk keluaran bumiputera. Produk ini di rumus dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk menjaga kesihatan kulit wajah. Selain itu produk ini juga telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan no NOT: NOT170307352K.