Defida Floral Toner

-17%
Floral toner

Defida Floral Toner

RM 120.00 RM 100.00

  • Description

Description

Terdapat pelbagai jenis produk kecantikkan yang membantu wanita mempercantikkan diri dan menjaga kesihatan kulit. Ia merupakan salah satu produk kecantikkan yang sangat penting bagi kulit wajah. Selain itu ia juga mempunyai pelbagai fungsi untuk membantu merawat kecantikkan kulit. Toner dan pencuci wajah sangat berbeza walaupun fungsi asasnya sama untuk membersihkan kulit wajah. Tetapi ramai yang tidak tahu fungsi sebenar toner selain dari membersihkan kulit wajah dari kotoran. Ada yang menggunakan toner sebagai alat menanggalkan makeup sebelum mencuci muka. Sewaktu mencuci muka pencuci muka akan membuka liang-liang roma untuk membolehkan ia membersihkan segala kotoran pada wajah malah pencuci muka juga membantu menanggalkan minyak berlebihan pada kulit wajah. Toner juga sesuai dijadikan sebagai penyegar bagi kulit untuk membantu mengekalkan kesegaran kulit wajah. 

Penyegar Wajah

Setelah anda mencuci muka dengan Defida Whitening Cleanser, maka anda digalakkan menggunakan Defida Floral toner pada kulit wajah. Hal ini kerana ia dapat membantu wajah anda terasa lebih segar. Selain itu jika anda melakukannya secara rutin dan berterusan ia dapat membantu mengembalikan keanjalan kulit wajah serta membantu mencegah kulit daripada jerawat dan bintik hitam.

Pembersih wajah

Sebelum anda mencuci muka dengan Defida Whitening Cleanser, anda juga boleh menggunakan Defida Floral Toner untuk membersihkan segala kekotoran dan bekas makeup pada kulit wajah. Ia dapat membantu memaksimumkan kebersihan kulit anda. Gunakan kapas untuk menanggalkan segala kotoran pada kulit wajah dan jika kulit menjadi kusam maka toner tersebut berjaya mengangkat semua kotaran pada kulit.

Menyerapkan Cream Muka

Sebelum anda menggunakan Defida Uv Cream, gunakan floral toner terlebih dahulu. Letak ditelapak tangan dan tepuk-tepuk pada kulit wajah untuk memastikan ia betul-betul menyerap ke dalam kulit. Hal ini kerana, toner tersebut dapat membantu Uv Cream masuk/menyerap ke dalam wajah dengan lebih cepat. Setelah anda menggunkan Defida BB Cream, anda juga dinasihatkan menggunakan toner pada akhirnya untuk memastikan makeup anda kekal lama.

Membantu Menanggalkan Sel Kulit Mati

Floral Toner mengandungi bahan pengelupasan yang berbentuk lembut yang sesuai digunakan pada kulit muka untuk menanggalkan sel kulit mati. Bahagian wajah merupakan kulit yang sangat sensitif malah jika tersilap menggunakan produk wajah ia akan mengakibatkan kerosakkan pada kulit wajah. Apabila sel kulit mati tanggal daripada kulit wajah ia akan menjadikan wajah lebih cerah dan kulit lebih sihat dan lembab.

BAHAN-BAHAN UTAMA

Toner
Timun

Ia bukan sahaja sesuai di buat ulam dan bahan masakan. Malah ia juga sesuai digunakan dalam bidang kecantikkan. Timun merupakan salah satu bahan yang digunakan secara meluas untuk mencantikkan wajah sama ada secara tradisonal mahupun komersial. Antara kebaikkan timun ialah; ia mampu mengecilkan semula liang roma yang terbuka, mampu menyikirkan sel kulit mati dan mencerahkan semula kulit. Selain daripada itu ia juga membantu melembabkan semula kulit serta mampu menghilangkan jerawat. 

Ekstak Rose

Ros atau mawar merupakan tumbuhan yang mepunyai pelbagai manfaat. Ia bukan sahaja berbau harum malah jika di ekstrak ia mampu memberikan 1001 kebaikkan. Air mawar mengandung bahan antiseptic dan anti-bakteria yang menjaga anda dari proses iritasi. Selain itu, air mawar juga kaya dengan  vitamin A, C, dan E yang sangat baik untuk kulit. Antara kebaikkan air mawar ialah ia mampu memperbaiki kulit yang berjerawat. Antiseptic yang terkandung dalam air mawar bertindak membasmi segala kotoran pada wajah senhingga liang roma yang terbuka juga mampu dikecilkan. Selain itu ia juga mampu mencerahkan kulit melalui kandungan vitamin A dan E yang terdapat dalam air mawar. 

Lidah Buaya

Aloe vera ataupun lidah buaya sejenis tanaman yang telah lama diketahui khasiatnya kepada kulit wajah dan juga untuk kesuburan rambut. Tahukah anda bahawa lendir yang terdapat dalam lidah buaya mampu mengatasi pelbagai masalah kulit. Antaranya ialah ia mampu mengurangi kesan hitam/jeragat pada kulit wajah. Selain itu ia juga membantu mengatasi minyak berlebihan pada wajah. Malah Giberelin dan poliskarida yang terkandung di dalam lidah buaya mampu menjadi anti-bakteria untuk membunuh kuman penyebab jerawat. 

Vitamin A

Bukan tubuh sahaja memerlukan vitamin, malah kulit wajah juga sangat memerlukan vitamin untuk kekal sihat. Di antara kelebihan vitamin A ialah ia membantu mencerahkan kembali kulit wajah. Selain itu vitamin A juga membantu menghilangkan bekas jerawat pada wajah serta menjaga kesihatan kulit wajah.

Cara menggunakan toner
  1. Ambil kapas dan picitkan toner ke atas kapas.
  2. Usapkan kapas pada kulit wajah. Usap ke semua bahagian muka dan pastikan segala makeup/kotoran melekat pada kapas.
  3. Setelah selesai barulah anda menggunakan Defida Whitening Cleanser.