Hot
-17%
stem cell

Life Steam Cell

RM 120.00 RM 100.00

Browse Wishlist
  • Description

Description

 

Vidara Life Steam cell adalah serbuk minuman antioksidan tinggi dari Collagen, Sel Stem Epal , Sakura, Cerepron  serta sari ekstrak herba untuk kecantikan wajah dari dalam dan peningkatan tenaga. Vidara Life Steam Cell kaya dengan antioksidan iaitu Astaxanthin  merupakan 6000 kali ganda lebih kuat berbanding Vitamin C  dan 500 kali ganda berbanding vitamin E.

Vidara Life Steam Cell  juga diperkaya dengan vitamin A, C dan E serta cepat menyerap ke dalam darah melalui air liur tanpa melalui proses penghadaman yang mungkin mengurangkan keaktifan dan keberkesanannya. Dengan ini tidak hairanlah dalam masa yang singkat kulit anda akan kelihatan licin , tegang dan cerah. Vidara Life Steam Cell juga mengandungi bahan aktif yang membantu meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan pembentukan lemak agar anda mampu memiliki bentuk tubuh yang diidamkan.

INGINKAN KULIT CERAH, CANTIK MENAWAN?

Jika anda inginkan kulit cerah, tegang, cantik menawan, kami ada solusinya.

Produk Vidara Life Steam Cell  adalah jawapannya. Menjadikan kulit anda cantik, cerah berseri secara semulajadi tanpa kesan sampingan.Ia juga membantu menghilangkan jerawat dan parut dari dalam secara alami. Membantu meningkatkan tahap kesihatan dan awet muda.

makinputih

ADAKAH KITA BENAR-BENAR TUA?

Selama ini kita percaya bahawa apabila umur meningkat, menandakan kita harus kelihatan dan rasa tua. Kajian menunjukkan bahawa penuaan awal disebabkan oleh masalah dalaman, seperti sakit sendi, pertambahan berat badan, kolesterol berlebihan, dan penyakit-penyakit lain. Hal ini disebabkan pengamalan gaya hidup tidak sihat serta tekanan ditempat kerja. Kurangnya aktiviti fizikal juga menyumbang kepada masalah kesihatan kulit dan kesihatan dalaman.

Penggunaan Vidara Life Steam Cell dapat meningkatkan tahap kesihatan serta menbantu mengekalkan kecergasan dalaman malah membantu anda merawat kulit dari dalam agar kekal lembab dan tegang.

 

sebelumselepas

APA ITU SEL STEM  (STEM CELL) DAN KEPENTINGANNYA?

Di dalam badan manusia terdapat pelbagai jenis sel yang sangat penting untuk sistem tubuh badan. Setiap sel yang terkandung di dalam badan mempunyai tugas masing-masing seperti membuat jantung berdegup, membantu otak berfikir, membantu mengantikan sel-sel kulit yang mengelupas dan mati dan pelbagai lagi. Tugas utama stem cell ialah untuk membantu memperbanyakkan lagi jumlah sel dalam badan manusia.

MENGAPA SEL STEM PENTING UNTUK KESIHATAN?

Sel stem sangat diperlukan dalam tubuh badan manusia kerana berupaya menggantikan sel yang terluka dan mati. Pada masa itu, sel stem akan menjadi aktif untuk melakukan proses pengantian semula sel yang rosak tersebut. Oleh itu, sel stem akan menjaga tubuh badan manusia agar kekal sihat bertenaga serta tampak awet muda.

Vidara Life Steam Cell adalah jawapan kepada masalah-masalah penuaan dengan mengembalikan keremajaan sel-sel tubuh serta merangsang dan meningkatkan sistem imun dalam badan. Sel-sel baru ini menjadikan anda kelihatan lebih muda dengan kulit yang lebih halus.

Vidara Life Steam cell setakat ini telah terbukti berkesan dalam merawat pelbagai penyakit sama ada yang biasa atau yang kronik. Pelbagai testimoni  mengesahkan yang Vidara Life Steam Cell  adalah produk kesihatan yang ditunggu-tunggu abad ini.

PILIHAN TERBAIK MENGGANTIKAN SUNTIKAN & RAWATAN LASER

 

vidaralifesteamcell2

KHASIAT VIDARA LIFE STEAM CELL

* Melambatkan proses penuaan dalaman & luaran

* Melambatkan proses penuaan sel-sel lain seterusnya memperlahankan keseluruhan proses penuaan

* Membantu menghalang jangkitan selsema dan jangkitan saluran pernafasan daripada berulang

* Menganjal, melembap dan mencerahkan kulit

* Merangsang sistem imun

* Mengurangkan selulit

* Menguatkan folikel rambut dan mengurangkan keguguran rambut

* Memperbaiki masalah katarak

* Meningkatkan kecerdasan 

* Meningkatkan kadar metabolisma

* Membantu menyingkirkan toksin

* Meningkatkan pembentukan protein

* Mengurangkan kesan sampingan kemoterapi

* Membantu pengidap osteoarthritis dan osteoporosis

* Membantu pesakit tekanan darah tinggi

* Membantu menstabil dan mengekalkan tahap kolesterol yang baik

* Melegakan sakit dan sengal terutamanya bagi mereka yang aktif dalam sukan

* Menyingkirkan toksin dalam badan yang disebabkan oleh gaya hidup yang kurang sihat

BAHAN AKTIF DALAM VIDARA LIFE STEAM CELL

  • Collagen
  • Ekstrak Epal Hijau
  • Ekstrak Sakura
  • Vitamin C
  • Cerepron
  • Astaxanthin
  • Applephenon

Kolagen dari ikan Rousselot Ianya terdiri daripada 92% protein asli daripada asid amino penting terutamanya kaya dengan alamina, arginina, glisina, asid glutamic dan prolin. Kolagen ialah sejenis protein berbentuk gentian, ia menyambung dan menyokong tisu-tisu badan seperti kulit, tulang, tendon, otot dan tulang rawan.

Epal Hijau (Apple Stem Cell)

Diambil dari buah Apple Uttwiller Spatlauber, direkodkan sejak abad ke 18 dijumpai di Thurgau, daerah Utara Switzerland. Buah Apple jenis ini sangat popular kerana boleh disimpan lama. Kelihatan segar walaupun setelah lebih 4 bulan di petik. Lebih lama dari Apple lain yang kelihatan kecut dan berkedut. kulit pokoknya juga akan cepat pulih sekiranya tercedera. Khasiat Stem Cell dari buah Apple jenis ini adalah melambatkan proses PENUAAN (anti – aging), melindungi dan mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru dan melambatkan kedutan.

Sakura

Bunga sakura  bermanfaat bagi kecantikan kulit, terutama kaum hawa yang menginginkan kulit yang cantik, bersih dan bersinar . Bunga sakura memiliki kandungan zat melatonin dan antioksidan yang dapat melindungi dari radikal bebas dan juga mampu mencantikan kulit anda.

Cerepron

Mempunyai bahan cerepron-F berkualiti tinggi sebagai penganti Glutathione kerana mengandungi L-Cysteine Peptide dan akan merangsang Glutathione secara semula jadi dalam badan. Kesanya kulit akan lebih cepat putih, licin dan gebu .

Astaxanthin

Astaxanthin adalah sejenis antioksidan larut lemak daripada kumpulan karotenoid.  Oleh sebab Astaxanthin adalah antioksidan larut lemak, ia boleh dibawa oleh molekul lemak ke sel-sel di seluruh bahagian badan termasuklah retina mata, otak, tisu payudara, tisu prostat dan otot.  Kekuatan antioksidan pada Astaxanthin adalah yang paling besar di kalangan antioksidan. Astaxanthin mampu meningkatkan kualiti kulit dan bukan sahaja menghalang kerosakan akibat sinaran matahari UV daripada berlaku, tetapi sebenarnya boleh membantu menghalang tanda-tanda luar penuaan dari luar dalam.

Applephenon

Applephenon terdapat pada epal yang belum dikupas. Di dalamnya terkandung zat antioksidan dan fungsi fisiologi lainnya dan telah digunakan sebagai zat pada makanan. Procyanidin B-2 yang ada di dalam applephenon dapat mengaktifkan unsur penumbuh sel rambut serta mampu menyembuhkan jerawat pada wajah dan kulit berminyak.

CARA MENYEDIAKAN VIDARA LIFE STEAM CELL
 
1 ) Masukkan 2 Scoop ke dalam mulut secara perlahan,biarkan ianya larut dan cair dengan bantuan enzim air liur
atau
2) Masukkan 2 Scoop ke dalam 120 ML air kosong kemudian goncang dan sedia untuk diminum
 
* Ambil 1 jam sebelum sarapan dan sebelum tidur
PERHATIAN – Simpan di tempat yang kering
 
SEBAHAGIAN TESTIMONI LIFE STEAM CELL