-21%
combo smart iq

Jus Smart IQ-G Combo

RM 140.00 RM 110.00

  • Description

Product Description

jus-smart-iq

JUS SMART IQ-G merupakan makanan tambahan yang diperlukan oleh sel-sel otak untuk mencapai kecemerlangan JUS SMART IQ-G juga bertindak secara semulajadi untuk membantu meremajakan kembali sel-sel otak. Apabila sel-sel otak berhubung ia akan memberikan isyarat kepada otak dan tubuh untuk melakukan tugas dengan lebih baik. Proses pembelajaran memerlukan tumpuan, konsentrasi, daya ingatan yang kuat dan tenaga fizikal dan ianya PASTI berjalan dengan lancar setelah mengamalkan JUS SMART IQ-G. Dgn rasa mangga yg cukup enak & lazat pastinya bakal memukau selera anak anda. jus ini adalah pilihan lebih bijak utk santapan harian permata hati anda.

Ingredient_baru2

Kandungan Jus Smart IQ-G

  • Kismis
  • Luban
  • Badam
  • Buah Delima
  • Habbatussauda
  • Kurma Zafaran
  • Goji
  • Madu
  • Buah Tin
  • Cengkih

Kismis

Salah satu manfaat kismis yang menarik adalah ia baik untuk kecerdasan minda. Kismis mengandungi kandungan mineral surih bernama boron yang merupakan mineral penting untuk fungsi otak yang baik. Boron mampu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori. Selain itu, boron juga membantu menggalakkan fungsi mineral penting seperti kalsium dan magnesium.Serat yang tinggi dalam kismis juga adalah sangat bermanfaat untuk fungsi sistem pencernaan berjalan dengan lancar. Satu cawan kismis mengandungi kira-kira 10 g serat yang boleh membantu tubuh badan anda dari bahan-bahan toksik yang berbahaya dengan membersihkan kolon atau usus dan melawaskan pembuangan air.

Luban

Luban merupakan sejenis getah atau damar yang keluar melalui rekahan pokok yang banyak terdapat di kawasan-kawasan beriklim panas seperti di Oman, Yaman, Syria, Mesir, India, Sri Lanka dan sebagainya.luban juga disebut sebagai Frankincense dan diperkenalkan di Eropah oleh tentera Perang Salib dari Perancis. Libanah atau luban amat berkesan bagi menambahkan daya ingatan dan mencerdaskan minda kerana ia berfungsi menghilangkan lendir balagham dalam otak. Gumpalan balagham yang banyak menyebabkan lemah daya ingatan, selsema, resdung, lelah, batuk dan sebagainya yang berkaitan dengan sIstem pernafasan.

Badam

Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese. Di bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis flavonoids (antioksida) utama. Gandingan beraneka flavonoids dan vitamin E menjadikan badam suatu makanan yang amat berkhasiat sekali bagi memerangi berbagai masalah kesihatan.

Delima

Buah delima  mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer. Buah delima baik bagi ibu mengandung kerana dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran di samping dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas.

Habbatus Sauda

Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya memori. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah pernafasan serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit.

 

Kurma

Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.

Zafaran

ZAFARAN atau nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di beberapa buah negara sahaja iaitu di Iran dan Sepanyol serta sedikit ditanam di Kashmir. Ianya merupakan rempah yang terbaik, paling wangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai ‘King of Spices’. Selain untuk melazatkan makanan, ianya juga dianggap bahan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, bahan pewarna dan lain-lain. Kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin . Zafaran mampu mencerdaskan minda dan Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak

Goji

Buah Goji mengandungi beta-karoten, Vitamin C, Vitamin B1, dan B2, beta-sitosterol ( agen anti-radang) linoleic asid ( asid lemak), immunologikal polisakarida yang aktif (5-8%), sesquiterpenoids (cyperone, solavetivone), tetraterpenoids (zeaxanthin, physalin) dan betaine (0.1%). Goji mampu membantu memperbaiki kualiti darah & kesihatan saluran darah bagi memastikan kesemua organ penting memperolehi zat dan oksigen yang cukup bagi menguatkan fungsi mereka. Akhirnya menyumbang kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh.

 

Madu

Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh. Ia kaya dengan kebaikan vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang mampu meningkatkan tahap metabolisme, menstabilkan tekanan darah, mempercepatkan pemulihan luka serta memelihara sistem saraf. Madu juga bertindak sebagai agen antioksidan selain turut berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi.

Buah Tin

Keistimewaan yang terkandung di dalam buah tiin ialah ianya dipercayai mempunyai bahan yang boleh melawan kanser. Di dalam buah tiin mengandungi ‘polyphenols’ yang tinggi yang bertindak sebagai antioksidan. Antioksidan amat penting untuk tubuh badan kita kerana ia berfungsi menentang free radicals dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya kanser. Di dalam kajian yang telah dijalankan oleh J.A Vinson tersebut mendapati bahawa jumlah kandungan ‘polyphenol’ dalam buah tiin adalah paling tinggi berbanding dengan buah- buahan dan sayur- sayuran lain. Di samping itu, buah tiin juga mengandungi sebatian lain yang menjadi bahan anti kanser iaitu ‘benzaldehyde’ dan ‘coumarins’.

Cengkih

Cengkih yang bersifat antiseptik ini ternyata kaya dengan kalsium yang berkesan mencegah osteoporosis dan mengecutkan otot, serta magnesium yang berperanan mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, serta melegakan masalah sindrom pra haid. Antara khasiat cengkih yang lain adalah membasmi bakteria, membekalkan tenaga zahir dan batin, menstabilkan sistem pencernaan, mencegah kanser terutamanya pada kulit, paru-paru dan saluran pencernaan. Cengkih juga mengandungi Eugenol yang bersifat anti-kulat dan berupaya mengatasi masalah penyakit kulit.

cara-guna-jus-smart-iq-g

Cara pemakanan

Minum 1 sudu besar pagi dan petang sebelum makan.amalkan setiap hari

Sebahagian Testimoni Jus Smart IQ-G

Testi Jus smart IQ-G

 Saolan Lazim (FAQ)
  

1. Apakah Jus Smart IQ-G?
Jus makanan tambahan  yang mengandungi khasiat-khasiat penting seperti Serat, Kalsium, Vitamin dan Mineral yang sangat membantu untuk tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak.
 
2. Bagaimanakah rupa dan rasa Jus Smart IQ-G?
Rasanya sedap berperisa mangga dan  bermutu tinggi yang sudah pasti digemari oleh kanak-kanak khasnya serta semua peringkat umur.  Disampingan itu Jus Smart IQ tidak mengandungi pewarna tiruan dan kandungan gula.
 
3. Berapa banyakkah isi dalam sebotol Jus Smart IQ-G?
Isi kandungan 250 ml. Setiap botol adalah penggunaan untuk 2 hingga 3 minggu.
 
4. Bagaimanakah cara pengambilan Jus Smart IQ-G?
Minum 1 sudu besar pagi dan 1 sudu besar petang atau malam sebelum makan.amalkan setiap hari

5. Apakah perbezaan antara Jus Smart IQ-G dengan lain-lain produk minda di Malaysia?
Pertamanya, Jus Smart IQ-G bukan ubat-ubat atau pil-pil glukos homeopati yang dibuat untuk merangsang minda secara rawatan tetapi sebalik untuk diformulasikan untuk membekalkan zat-zat yang diperlukan oleh otak untuk berfungsi dengan baik seperti sepatutnya.
Keduanya, Bahan utama Jus Smart IQ-G ialah  Luban yang jarang sekali berada di pasaran.Luban merupakan makanan herba warisan sunnah yang agak kurang diketengahkan pada masa kini.Luban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda serta  menguatkan ingatan.

6. Adakah Jus Smart IQ-G mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia?
YA.Jus Jus Smart IQ-G  di bawah kelas pemakanan atau makanan tambahan(food supplement) berasaskan buah-buahan dan kini dalam proses pendaftaran halal Jakim.
 
7.Produk ini sesuai untuk siapa?
Jus Samrt IQ-G di formulasikan khas untuk semua peringkat umur  seawal 1 tahun dan keatas dan juga sesuai untuk golongan dewasa.
 
8.Adakah boleh diambil oleh ibu mengandung dan sedang menyusukan anak?
Ibu mengandung boleh mengamalkan Jus Smart IQ-G bagi mengalakankan kecerdasan anak dalam kandungan dan begitu juga ibu yang menyusu anak  digalakkan untuk mengambil Jus Smart IQ-G ini untuk memperbanyakkan susu ibu dan meningkatkan kercerdasan bayi. Namun demikian, jika berlaku ketidakserasian  kepada bayi, pengambilan boleh diselang selik