Phone:60 7207 4407

Email:vidara.my@gmail.com

Sale!

SKINQUE FLORAL TONER

RM 90.00 RM 60.00

  • Mengecilkan liang roma
  • Mengoptimumkan proses pembersihan pada wajah
  • Membantu menyingkirkan sel kulit mati
  • Mengembalikan keseimbangan pH kulit
  • Membantu menanggalkan make up
  • Membantu mengembalikan keremajaan kulit
Compare
Category:

Share this product

Description

Floral Toner sebenarnya merupakan produk kecantikan yang asas dalam proses penjagaan kulit wajah. Toner dan pencuci wajah sangat berbeza walaupun fungsi asasnya sama untuk membersihkan kulit wajah. Tetapi ramai yang tidak tahu fungsi sebenar toner selain dari membersihkan kulit wajah dari kotoran. Ada yang menggunakan toner sebagai alat menanggalkan makeup sebelum mencuci muka. Sewaktu mencuci muka pencuci muka akan membuka liang-liang roma untuk membolehkan ia membersihkan segala kotoran pada wajah malah pencuci muka juga membantu menanggalkan minyak berlebihan pada kulit wajah.

Skinque Floral Toner membantu melengkapkan rangkaian produk wajah anda. Terdapat beberapa kepentingan menggunakan Toner ini antaranya ialah

Membantu Menanggalkan Sel Kulit Mati

Skinque Floral Toner mengandungi bahan pengelupasan yang berbentuk lembut yang sesuai digunakan pada kulit muka untuk menanggalkan sel kulit mati. Bahagian wajah merupakan kulit yang sangat sensitif malah jika tersilap menggunakan produk wajah ia akan mengakibatkan kerosakkan pada kulit wajah. Apabila sel kulit mati tanggal daripada kulit wajah ia akan menjadikan wajah lebih cerah dan kulit lebih sihat dan lembab.

Mengembalikan Keremajaan Kulit

floral toner

Toner juga membantu mengembalikan keremajaan kulit agar kulit lebih sihat dan bercahaya. Ia membantu untuk meningkatkan dan mengekalkan kelembapan kulit

Mengoptimumkan Proses Pembersihan Pada Wajah

floral toner

Skinque Floral Toner juga sesuai digunakan sebagai alat pembersih wajah setelah mencuci muka . Anda boleh menggunakan  Skinque Floral Toner untuk memaksimumkan tahap kebersihan kulit wajah. Sebagai contoh selepas anda menanggalkan kesan makeup pada kulit wajah anda juga boleh menggunakan toner sebagai alat pembersih tambahan. Karena selain mampu membantu meningkatkan dan menjaga kelembaban wajah, toner juga mampu untuk membantu mengoptimalkan pembersihan wajah yang kurang maksimal ketika anda hanya mencuci wajah dengan air.

Membantu menanggalkan make up

floral toner

Selain itu juga, Toner ini boleh dijadikan make up remover. Skinque floral toner membantu anda membersihkan segala kotoran setelah seharian memakai make up agar pori-pori anda tidak tersumbat. Jika kotoran tersumbat pada bahagian muka iakan mendatangkan pelbagai kesan lain seperti mudah dijangkiti jerawat, blackhead dan whitehead. Oleh itu,  Skinque floral toner akan memastikan wajah anda betul-betul bersih sebelum anda mencuci muka dengan cleanser.

  1. Mengecilkan liang roma
  2. Mengoptimumkan proses pembersihan pada wajah
  3. Membantu menyingkirkan sel kulit mati
  4. Mengembalikan keseimbangan pH kulit
  5. Membantu menanggalkan make up
  6. Membantu mengembalikan keremajaan kulit
BAHAN UTAMA
Timun

Ia bukan sahaja sesuai di buat ulam dan bahan masakan. Malah ia juga sesuai digunakan dalam bidang kecantikkan. Timun merupakan salah satu bahan yang digunakan secara meluas untuk mencantikkan wajah sama ada secara tradisonal mahupun komersial. Antara kebaikkan timun ialah; ia mampu mengecilkan semula liang roma yang terbuka, mampu menyikirkan sel kulit mati dan mencerahkan semula kulit. Selain daripada itu ia juga membantu melembabkan semula kulit serta mampu menghilangkan jerawat. 

Ekstak Rose

Ros atau mawar merupakan tumbuhan yang mepunyai pelbagai manfaat. Ia bukan sahaja berbau harum malah jika di ekstrak ia mampu memberikan 1001 kebaikkan. Air mawar mengandung bahan antiseptic dan anti-bakteria yang menjaga anda dari proses iritasi. Selain itu, air mawar juga kaya dengan  vitamin A, C, dan E yang sangat baik untuk kulit. Antara kebaikkan air mawar ialah ia mampu memperbaiki kulit yang berjerawat. Antiseptic yang terkandung dalam air mawar bertindak membasmi segala kotoran pada wajah senhingga liang roma yang terbuka juga mampu dikecilkan. Selain itu ia juga mampu mencerahkan kulit melalui kandungan vitamin A dan E yang terdapat dalam air mawar. 

Lidah Buaya

Aloe vera ataupun lidah buaya sejenis tanaman yang telah lama diketahui khasiatnya kepada kulit wajah dan juga untuk kesuburan rambut. Tahukah anda bahawa lendir yang terdapat dalam lidah buaya mampu mengatasi pelbagai masalah kulit. Antaranya ialah ia mampu mengurangi kesan hitam/jeragat pada kulit wajah. Selain itu ia juga membantu mengatasi minyak berlebihan pada wajah. Malah Giberelin dan poliskarida yang terkandung di dalam lidah buaya mampu menjadi anti-bakteria untuk membunuh kuman penyebab jerawat. 

Vitamin A

Bukan tubuh sahaja memerlukan vitamin, malah kulit wajah juga sangat memerlukan vitamin untuk kekal sihat. Di antara kelebihan vitamin A ialah ia membantu mencerahkan kembali kulit wajah. Selain itu vitamin A juga membantu menghilangkan bekas jerawat pada wajah serta menjaga kesihatan kulit wajah.

Kenapa Skinque Floral Toner

Anda perlu memiliki Skinque Floral Toner ini kerana ia merupakan salah satu produk kecantikkan bumiputera. Selain daripada itu, produk ini semestinya halal dan sesuai digunakan bagi semua jenis kulit tanpa meninggalkan kesan sampingan. Malah produk ini juga telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain itu produk ini juga mempunyai NOT iaitu: NOT170307356K.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “SKINQUE FLORAL TONER”