SKINQUE EF9 SERUM

-33%
ef9

SKINQUE EF9 SERUM

RM 90.00 RM 60.00

  • Menjadikan struktur kulit lebih tegang dan anjal
  • Melembabkan kulit muka.
  • Menyamarkan kedutan pada muka
  • Mencegah penuaan semulajadi.
  • Membantu menambah nutrisi kulit.         
  • Menghaluskan serta mencerahkan warna kulit muka yang kusam.
  • Menghilangkan tompok-tompok hitam pada muka.
  • Description

Description

Tahukah anda bahawa Skinque EF 9 serum merupakan salah satu produk muka yang dapat membantu merawat kulit dan melembabkan lapisan kulit dengan gabungan bahan-bahan semulajadi. Ia mengandungi molekul yang kecil dan mudah menembusi lapisan dalam kulit wajah serta mengandungi bahan aktif yang bertindak balas secara efektif.  Oleh kerana mengandungi molekul yang kecil ia sangat sesuai digunakan untuk mengatasi masalah kulit seperti kedutan dan kesan jeragat.

Penggunaan serum juga sangat bermanfaat untuk mengaktifkan proses regenerasi kulit, sehingga sel-sel kulit mati akan digantikan dengan lapisan kulit yang baru sehingga menjadikan kulit wajah menjadi lebih mulus dan anjal.

Skinque EF9 Serum merupakan rangkaian produk kecantikkan yang sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Ia  dapat membantu anda mengembalikan struktur kulit wajah agar lebih anjal dan tegang. Selain itu, ia juga membantu memberikan nutrisi kepada kulit wajah agar kulit menjadi lebih sihat dan tidak kusam.

  1. Menjadikan struktur kulit lebih tegang dan anjal
  2. Melembabkan kulit muka.
  3. Menyamarkan kedutan pada muka
  4. Mencegah penuaan semulajadi.
  5. Membantu menambah nutrisi kulit
  6. Menghaluskan serta mencerahkan warna kulit muka yang kusam.
  7. Menghilangkan tompok-tompok hitam pada muka.

Skinque EF9 Serum merupakan produk kecantikkan yang diformulasikan untuk semua jenis kulit. Malah ia tidak terbatas untuk lelaki sahaja, malah wanita juga sesuai untuk menggunakannya. Produk ini dirumus dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi bagi memastikan ia tidak memberikan kesan sampingan kepada pengguna

BAHAN UTAMA

 

Jojoba Oil

Tanaman ini sering ditemui di kawasan gurun bahagian Mexico dan California. Minyak ini boleh diperoleh setelah melakukan pemerahan ke atas biji yang dihasilkan oleh tanaman ini. Tanpa kita sedari minyak ini mengandungi pelbagai manfaat dan kebaikkan untuk kulit. Minyak ini bersifat lembut dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Antara kelebihan minyak ini ialah ia dapat mengatasi masalah kulit berminyak, sesuai juga dijadikan pelembab muka, membantu menghilangkan jerawat serta mengatasi masalah kulit kering.

Oat Beta Glucon

Tanpa kita sedari oat ternyata baik juga digunakan untuk mencatikkan wajah. Bukan sahaja sesuai dijadikan makanan diet. Antara kelebihan oat yang boleh dimanfaatkan untuk kulit wajah ialah: Oat mampu mengatasi masalah jerawat ia akan menyerap minyak berlebihan yang dihasilkan kulit. Selain itu oat juga mampu membantu masalah kulit kering agar kembali lembab. Ia akan membantu menghilangkan sel-sel kulit mati pada wajah dan Oat juga dapat membantu anda mencerahkan kulit wajah.

Witch Hazel Extract 

Witch Hazel merupakan salah satu tanaman herba yang berasal dari America Utara. Pada kebiasaannya, tanaman ini akan diekstrak untuk mendapatkan minyaknya. Antara manfaat Witch Hazel ialah ia membantu menghilangkan stretch marks, membantu mengecilkan semula liang roma, mempercepatkan proses pengecutan jerawat malah ia juga sesuai digunakan untuk memperlambatkan proses penuaan.

Mulbery  
Buah mulbery bukan sahaja sedap dimakan malah mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan manusia. Buah ini juga sesuai digunakan dalam bidang kecantikkan. Antara kelebihan buah ini ialah ia membantu meremajakn kembali kulit wajah agar awet muda, membantu mengatasi kulit kering dan sensitif, serta membantu menghilangkan bintik hitam pada wajah.
Vitamin A

Bukan tubuh sahaja memerlukan vitamin, malah kulit wajah juga sangat memerlukan vitamin untuk kekal sihat. Di antara kelebihan vitamin A ialah ia membantu mencerahkan kembali kulit wajah. Selain itu vitamin A juga membantu menghilangkan bekas jerawat pada wajah serta menjaga kesihatan kulit wajah.

Vitamin E
Vitamin E sering dikaitkan dengan pelbagai manfaat yang baik untuk kesihatan manusia. Ia juga banyak digunakan dalam bidang kecantikkan. Antara kelebihan dan manfaat Vitamin E ialah membantu membersihkan semula kulit wajah agar lebih licin dan anjal. Malah Vitamin E juga membantu mengatasi masalah penuan seperti kulit muka yang semkain kendur. Selain itu ia juga membantu menghilangkan kesan hitam seperti jeragat pada kulit wajah agar lebih bersih dan cerah.

Selain daripada itu, Defida Skinque EF9 Serum merupakan produk kosmetik yang telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia membuktikan produk ini bebas dari bahan kimia yang mampu memberikan kesan kepada pengguna. Oleh itu produk ini dijamin selamat dan halal dan dimiliki oleh Bumiputera.

No pendaftaran: NOT170204975K
Penggunaan Skinque EF 9  serum:
  1. Picitkan sedikit Skinque EF 9 serum ke tapak tangan (pastikan tangan anda berada dalam ke adaan bersih)
  2. Urut pada wajah dan ratakan
  3. Urut sehingga betul-betul meresap dan kering