Defida Whitening Cream 30g

-8%
Whitening Cream

Defida Whitening Cream 30g

RM 125.00 RM 115.00

  • Description

Product Description

Tahukah anda bahawa kulit merupakan organ terbesar manusia. Malah kulit merupakan bahagian yang sering terdedah dengan sinaran matahari dan juga debu. Terutama sekali kulit pada bahagian wajah. Oleh itu amat penting sekali selepas seharian terdedah dengan persekitaran luar untuk kita kembali memulihkan kesegaran kulit pada waktu malam. Selain daripada persekitaran luaran, pengambilan makanan yang tidak sihat juga merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan kulit wajah.

Malam merupakan waktu yang paling sesuai untuk mengembalikan kesegeran kulit wajah dan memperbaharuinya. Pada waktu malam otot kita lebih rileks malah emosi kita juga lebih stabil berbanding waktu siang. 

Defida Whitening Cream merupakan rangkaian produk terbaru vidara yang diformulakan dengan gabungan-gabungan bahan semula jadi untuk membantu anda mengembalikan semula kesihatan kulit wajah. Antara kelebihan Defida Whitening Cream:

  1. Membantu melembabkan semula kulit wajah yang kering
  2. Mengembalikan kesegaran kulit wajah
  3. Meningkatkan kembali kolegen pada bahagian kulit
  4. Mengurangkan garis halus pada wajah
  5. Menganjalkan kembali kulit wajah
  6. Membantu menghasilkan sel kulit yang baru
  7. Membantu mengatasi masalah pori terbuka
  8. Tanpa pengelupasan dan sesuai untuk semua jenis kulit.
  9. Mengembalikan keanjalan dan ketegangan kulit wajah.
  10. Membantu menghilangkan jerawat, jeragat dan kesan parut
  11. Menghaluskan kulit wajah.

Defida Whitening Cream juga membantu anda mengembalikan keremajaan kulit wajah. Sebelum tidur merupakan masa yang paling sesuai untuk menggunakan Defida Whitening Cream kerana pada masa itu kulit wajah berada pada tahap yang sangat rileks.

BAHAN UTAMA

Squalane

Ia juga dikenali Buah Zaitun  yang telah digunakan sejak turun temurun. Minyak yang dihasilkan bukan sahaja baik untuk kesihatan malah telah digunakan secara meluas dalam bidang kecantikkan. Antara kebaikkan minyak zaitu ialah ia membantu mengatasi masalah kulit mengelupas, mengembalikan kelembapan kulit. Malah ia juga berupaya untuk mengangkat sel kulit mati pada wajah seingga kulit kembali cerah dan lebih halus.

Vitamin A

Bukan tubuh sahaja memerlukan vitamin, malah kulit wajah juga sangat memerlukan vitamin untuk kekal sihat. Di antara kelebihan vitamin A ialah ia membantu mencerahkan kembali kulit wajah. Selain itu vitamin A juga membantu menghilangkan bekas jerawat pada wajah serta menjaga kesihatan kulit wajah.

Vitamin E
Vitamin E sering dikaitkan dengan pelbagai manfaat yang baik untuk kesihatan manusia. Ia juga banyak digunakan dalam bidang kecantikkan. Antara kelebihan dan manfaat Vitamin E ialah membantu membersihkan semula kulit wajah agar lebih licin dan anjal. Malah Vitamin E juga membantu mengatasi masalah penuan seperti kulit muka yang semkain kendur. Selain itu ia juga membantu menghilangkan kesan hitam seperti jeragat pada kulit wajah agar lebih bersih dan cerah.
Glycyrrhiza Extract

Ia merupakan sejenis herba yang sangat bagus untuk kesihatan kulit wajah. Ia membantu mencantikkan kulit wajah secara alami tanpa memberikan kesan sampingan kepada kulit. Selain itu, ia juga membantu melembutkan dan mencerahkan kulit wajah. Selain itu ia bertindak dengan cara menghalangi pembentukan melanin sehingga mencegah berlakunya hiperpigmentasi pada kulit.

Arbutin

Ia berasal dari tumbuhan Bearberry yang merupakan tanaman semak yang berkembang subur di utara Amerika, Eropah dan sekitar Asia. Arbutin merupakan salah satu bahan semula jadi pemutih kulit. Antara kelebihan Arbutin ialah membantu memutihkan wajah dan mengembalikan kesekataan tona kulit.

Betula  Platyphylla Suk

Ia merupakan sejenis tanaman yang banyak terdapat di bahagian Eropah.  Nama lain bagi tanaman ini ialah Silver Birch. Ia juga terdapat di bahagian utara Asia tetapi sukar untuk ditemui. Pokok ini sangat sesuia digunakan dalam bidang kecantikkan. Ini kerana pokok ini menghasilkan minyak esensial yang sangat bagus untuk kulit. Ia membantu mengawal semula minyak pada kulit muka.

Kenapa Defida Whitening Cream

Vidara Defida Whitening Cream merupakan salah satu produk keluaran bumiputera. Produk ini di rumus dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk menjaga kesihatan kulit wajah. Selain itu produk ini juga telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan no NOT: NOT170307357K.