Defida Men Set

-7%
Defida Set Men

Defida Men Set

RM 215.00 RM 200.00

  • Description

Product Description

Sesetengah lelaki menganggap, lelaki dan kecantikkan bukan suatu yang macho untuk diperbincangkan. Hal ini kerana ,lelaki merupakan golongan yang tidak gemar mengambil tahu perkara-perkara yang bersifat remeh dan bagi mereka isu kecantikkan ini bukan suatu yang penting.

Ramai juga lelaki yang tidak memberikan penekanan terhadap penjagaan kulit wajah apa bila melibatkan penggunaan pelbagai jenis produk untuk menKACAKkan diri seperti penggunaan krim wajah, serum, toner dan sebagainya. Walau bagaimanapun mereka tidak boleh memandang ringan isu penjagaan kulit wajah pada masa kini. Jika mahu dibandingkan dengan zaman dahulu udara kini lebih tercemar maka kulit akan mudah terkena kuman.

Kami tahu, bagi kaum adam perawatan muka hanya membuang masa dan menyusahkan malah menghabiskan wang ringgit. Namun seelok-eloknya anda perlu mengamalkan dan menitik beratkan beberapa perkara asas dalam perawatan muka.

Defida

Defida Whitening Cleanser

Setelah seharian berada di luar rumah dan terdedah dengan cahaya matahari sudah tentu kulit wajah akan berasa letih. Malah jika kita tidak menitikberatkan penjagaan kulit wajah dengan kaedah yang betul ia dapat menyebabkan kulit wajah mudah terkena jerawat dan menyebakan kulit kelihatan tidak bermaya. Pemilihan pencuci muka amatlah penting bagi memastikan wajah anda kelihatan kekal segar dan sihat. Tahukah anda jika anda tersilap memilih pencuci muka ia akan menyebabkan kulita wajah anda rosak bahkan akan menyebabkan anda terkena masalah kulit.

Whitening Cleanser merupakan salah satu pencuci muka yang diformulasikan daripada bahan-bahan semula jadi untuk membantu anda membersihkan kulit wajah dengan bersih dan selamat. Terutama sekali bagi golongan lelaki yang lebih banyak terkena kotoran di persekitaran luar.

Penggunaan Defida Whitening Cleanser dapat membantu anda membersihkan kulit wajah secara menyeluruh dan mendalam. Semasa anda berada dikawasan luar dan terbuka udara lebih banyak tercemar dan ia mudah melekat pada kulit wajah. Oleh itu anda digalakkan untuk mencuci 2 kali sehari muka anda untuk memastikan kulit wajah betul-betul bersih.

Cara penggunaan:

  1. Picit sedikit Defida Whitening Cleanser ketelapak tangan, pastikan anda mencuci tangan terlebih dahulu untuk menjaga kebersihan.
  2. Usap Whitening Cleanser dengan kedua belah tapak tangan sehingga berbuih
  3. Urut perlahan-lahan ke kulit wajah dan pastikan anda urut pada keseluruhan muka kecuali mata.
  4. Bilas wajah dengan air bersih dan keringkan dengan tuala bersih. Anda akan merasakan kesegarannya.

Defida EF 9 Skin Revival Serum

Penggunaan serum merupakan salah satu produk yang penting bagi lelaki. Hal ini kerana EF 9 Skin Revival Serum merupakan salah satu produk muka yang dapat membantu merawat kulit dan melembabkan lapisan kulit dengan gabungan bahan-bahan semulajadi. Kulit lelaki lebih kasar berbanding kulit wanita. Oleh itu penggunaan EF 9 Skin Revival Serum dapat mengembalikan struktur kulit wajah agar lebih cerah dan licin. Serum ini berbentuk cecair dan mengandungi molekul yang kecil dan mudah untuk menembusi lapisan kulit ajah serta mengandungi bahan aktif yang bertindak balas secara efektif.

Penggunaan EF 9 Skin Revival Serum juga sangat bermanfaat untuk menaktifkan proses regenerasi kulit, sehingga sel-sel kulit mati akan digantikan dengan lapisan kulit yang baru sehingga menjadikan kulit wajah menjadi lebih licin dan anjal.

EF 9 Skin Revival Serum merupakan rangkaian produk kecantikkan yang sesuai digunakan untuk semua jenis kulit tidak kiralah lelaki mahupun wanita. Selain itu, Skinque EF 9  serum ia juga membantu memberikan nutrisi kepada kulit wajah agar kulit menjadi lebih sihat dan tidak kusam.

Penggunaan EF 9 Skin Revival Serum:

  1. Picitkan sedikit Defida  EF 9 Skin Revival Serum ke tapak tangan (pastikan tangan anda berada dalam ke adaan bersih)
  2. Urut pada wajah dan ratakan
  3. Urut sehingga betul-betul meresap dan kering